Kesan Minum Green Tea (Teh Hijau) Pada Kesihatan | Meninggikan Metabolism | Elak Obesiti

Apa Kelebihan Minum Green Tea | Teh Hijau?


Photo by Ieva Vizule on Unsplash

Teh hijau dihasilkan daripada daun pokok Camelia sinensis Theaceae  dan telah dianggap sebagai bahan yang mempunyai  kebolehan anti-kanser, anti-obesiti. Anti-atherosclerotic, anti-diabetic, anti-bacterial, dan anti-viral effects.


Semua ini menurut pengkaji, berkait dengan aktiviti (-)-epigallocatechin gallate (EGCG), iaitu satu komponen terbesar dalam teh hijau.

Teh hijau pertama ditemui di China pada 3000 BC atau awal lagi dan diketahui mempunyai khasiat perubatan. Ia dibawa ke Jepun dari China oleh sami Buddha lebih 1000 tahun yang lalu.

Antara kebaikan teh hijau termasuklah:

1.Anti-metastatic dan anti-kanser

Pada tahun 1993, mereka melaporkan bahawa EGCG, menghalang sel kanser daripada melekat (adhesion) kepada lapisan sel lain. EGCG juga menghalang kanser sel daripada melekat ke fibronectin dan laminin,  dua komponen  membrane bawah endothelial (endothelial basement membrane).  Kajian ini juga mencadangkan bahawa green tea mempunyai kesan anti-metastatic . Dengan menggunakan model in vivo dan in vitro, green tea berksean menghalang sel kanser dari metastasis.

2. Anti-diabetic

Kajian menunjukkan bahawa teh hijau meningkatkan aktiviti insulin in vitro, meningkatkan sensitivity insulin dalam manusia dan tikus dan mengurangkan hypertriacylglycerolaemia dalam tikus.

3. Anti-obesity dan anti-atherosclerotic


Menurut doktor perubatan zaman Cina purba, pengambilan teh hijau jangka panjang akan mengakibatkan tubuh yang kurus dengan membakar lemak badan. Bukti telah terkumpul untuk menunjukkan bahawa pengambilan teh hijau dan 'catechin' dalam teh menyebabkan pengurangan lemak badan.

Daripada kajian tersebut, boleh dilihat kesan baik daripada pengambilan teh hijau untuk kesihatan tubuh badan. Tapi, persoalan nya pulak, kat mana yang boleh jumpa teh hijau ni?

Mari saya kongsikan empat jenis teh hijau yang saya selalu minum, yang boleh dijumpai di pasaran Malaysia.


1. Ahmad tea 's pure green tea
2. Lipton green tea
3. Japanese tea
4. BOH green tea


Pengambilan teh hijau/green tea ini, mesti secara berterusan dan konsisten. Minum bila bangun pagi setiap hari dan sebelum tidur malam, juga sebelum melakukan senaman (dalam 30 minit ).

Cara masak green tea senang sahaja. Pastikan air yang mendidih pada 100 darjah celsius, dan tuangkan dalam cawan/gelas, yang dah letak satu sachet green tea. Saya tak suka letak gula dalam teh, so rasanya akan sedikit pahit bagi yang tak pernah rasa. Tapi, makin lama, diri akan terbiasa dan suka minum teh ni.

Selamat mencuba...


Untuk pembacaan lanjut kajian yang digunakan untuk posting kali ini : Suzuki, Y., Miyoshi, N., & Isemura, M. (2012). Health-promoting effects of green tea. Proceedings of the Japan Academy, Series B88(3), 88-101.

Silakan melihat post yang lain:


>>>>Weight loss tips. Six EASY tips to do !!!

>>>>Keto Diet | Cara Diet Keto

Comments