Apa itu Diet Keto | Keto Diet. ~Makanan Diet Keto~ |Cara Diet Keto
Pernah dengar tentang diet keto? Senang kata diet yang tak makan makanan yang berkanji seperti nasi, gandum atau roti. Haa... Baca lebih lanjut di bawah nii
Photo by Jamie MatociƱos on Unsplash |
Diet Keto ataupun dikenali juga sebagai diet ketogenic (ketogenic diet) adalah diet yang mengaplikasikan pengambilan karbohidrat yang rendah, tetapi mengambil diet yang tinggi lemak (high-fat diet) *sorry, google translate*/tapi bukan makan lemak ya.
Apa yang bagus nya tentang diet keto ni ialah bagus untuk turunkan berat badan, untuk kesihatan dan prestasi.
'Keto' bermaksud proses yang membolehkan badan menghasilkan tenaga yang dipanggil 'ketones'-sejenis molekul-. Ketones inilah yang digunakan oleh badan bila kandungan gula dalam darah (glukos) adalah rendah.
Ketones akan dihasilkan bila kita makan makanan yang tinggi karbohidrat dalam kuantiti yang sedikit (sebab ianya cepat ditukarkan kepada gula dalam darah - again, google translate), dan juga boleh terhasil daripada jumlah protein yang sederhana (lebihan protein boleh juga ditukarkan kepada gula dalam darah).
Hati@liver, adalah organ yang menghasilkan ketones daripada lemak (fat). Ketones inilah yang akan memberikan tenaga kepada badan, khususnya kepada otak (kerana otak adalah organ yang paling banyak mengunakan tenaga setiap hari | otak tidak boleh mengunakan lemak secara terus sebagai tenaga, tetapi hanya glukos.. dan ketones.
Bila anda berdiet keto, seluruh badan akan bertukar menggunakan lemak (fat) sebagai tenaga selama 24/7. Bila jumlah insulin adalah rendah, pembakaran lemak akan lebih cepat, supaya tenaga dapat dihasilkan. Jadi, lebih senanglah untuk membakar lemak-lemak yang dah lama tersimpan dalam badan yang tak digunakan itu...
Bila badan menghasilkan 'ketones', badan akan berada dalam keadaan metabolik dipanggil 'ketosis'. Cara yang paling cepat mencapai ketosis adalah dengan berpuasa- tanpa makan apa-apa yang mempunyai kalori.
Tetapi sesetengah golongan tidak boleh melakukan diet ketosis, iaitu:
1. Yang mengambil ubat untuk diabetes (seperti insulin)
2. Yang mengambil ubat untuk tekanan darah tinggi
3. Yang menyusukan anak
Apa yang boleh dimakan untuk diet keto
Untuk mencapai keadaan ketosis, elakkan makanan banyak karbohidrat. Anda mungkin perlu kurangkan pengambilan karbo bawah 50 grams setiap hari.
Senarai makanan:
- low carb foods (makanan rendah karbo).
contohnya daging, ikan telur, sayuran dan lemak asli seperti mentega (bukan marjerin ya) atau minyak zaitun.
- elakkan daripada makanan tinggi gula dan kanji.
kerana makanan ini menghasilkan banyak kerbohidrat, contohnya: ubi kentang, air soda, air jus buah buahan, nasi, roti, gnadum, donut, bar cokelat, gula-gula , aiskrim dan banyak lagi.
-minuman.
banyakkan minum air kosong. Jika teringin air lain, boleh minum kopi hitam tanpa gula, atau teh hijau tanpa gula.
Walaupun bagaimanapun, pastikan anda melakukan pembacaan yang lebih lanjut tentang topik ini, sebelum memulakan diet ini. Tanya pakar yang arif tentang hal ini dan dapatkan nasihat mereka.
Disclaimer: i by all means am NO health expert or nutritionist; this is just a sharing of what i know about 'keto' diet, so please do more research before doing any diets and consult with your doctors.
Thank you for reading this post.See you next post...
Read this post: enam tips yang boleh membantu kurangkan berat badan
Comments
Post a Comment