Lepasan SPM, Boleh Sambung Ke Kolej MARA Untuk Buat Asasi. -Pengalaman di Kolej Mara Kulim, Kedah

 Hai, augie here 

Post kali ni, untuk cerita tentang peluang menjadi anak MARA. Kepada pelajar lepasan SPM yang nak sambung belajar, boleh sambung ke Kolej MARA Kulim atau Kolej MARA Kuala Nerang.Dua kolej ni antara kolej yang menyediakan pelajar dalam program asasi untuk sambung terus ke peringkat ijazah selepas tamat pengajian. Tapi, program ni di bawah Universiti Kuala Lumpur. UniKL ni sepenuhnya dimiliki oleh MARA. Jadi, tajaan sepenuhnya MARA masa program asasi ni. Saya sendiri sebagai contoh cuma bayar RM 250.00 tak silap untuk admission lepas tu tak perlu bayar apaapa dah. 

Elaun setiap bulan diberikan sampai habis belajar. Makan minum disediakan, asrama sediakan. Bawa diri sahaja. Pengalaman saya okay la. Sebab program asasi susah sikit je, tapi lecturer best giler. Tapi kena google la sikit dekat website MARA atau Unikl untuk kemasukan program ni. 

Apa yang penting masa nak masuk tu, sediakan laptop. Laptop penting. Pastu, jiwa kena teguh jangan mudah terikut dengan orang. Ramai kat situ anak orang berada. Doktor la, lecturer la, cikgu , peguam. Mostly orang kaya, so peel dia biasalah lain sikit. Tapi yang saya respect, budak budak tu semua study kaw kaw punya. Berjaga malam buat ekstra exercise, rapat dengan lecturer, self confidence tinggi. 

Yang terpaling penting, kena pandai bawa diri. Jangan sibuk nak bercouple, because trust me when i said, itu tipu ssemua. Study dulu, kukuhkan pointer dekat asasi, after that ramai lagi yang lawa lawa hensem hesme masa degree. Degree 4 tahun, banyak masa nak relaks.

Lepas nak habis tu, dalam semester akhir,  korang akan berpeluang ke mana mana kampus unikl yang korang berminat untuk sambung ijazah. Macam praktikal la lebih kurang, untuk bagi pencerahan dan pendedahan lagi dalam tentang kursus yang ditawarkan, fasiliti yang ada, contoh lecturer setiap semester. Part praktikal ni best giler.

Of course ada convocation untuk asasi ni, dia buat grand giler. Tapi time aku, mak bapak tak perlu datang. Untuk students sahaja. Ada jubah konvo semua, ada scroll. Dinner semua, lawa la yang pasti.

Pakaian ialah baju kurung untuk perempuan, kemeja untuk lelaki. T shirt diberi untuk sukan, baju korporat diberi. Laundry ada disediakan cuma kena bayar la. Banyak sangat nak diceritakan, komen kalau nak tanya lebih. Baru terang sikit, gitu…

After that, dalam 2 atau 3 bulan kot tak silap, korang dah boleh isi untuk kemasukan september. Then bermula lah kehidupan sebagai student degree.

oh lupa nak bagitau, buat kawan sini ramai sikit ya, sebab ramai akan sambung unikl juga, so kena ramah la. Nanti degree senang nak berkawan sebab sini dah kenal semua.

Okay itu sahaja, kalau ada soalan boleh komen, jangan segan.


READ MORE ON: Things You Should Keep In Mind Before College

                                 Tricks to Study Better and Wiser

Comments