Istana Purba di Irak Muncul Selepas Kemarau Keringkan Sungai Tigris

Seperti dilaporkan oleh GEEK.COM (https://www.geek.com/news/ancient-palace-unearthed-in-iraq-after-drought-dries-up-reservoir-1793982/) , arkeologist menemukan timbunan runtuhan istana purba yang muncul selepas air sungai tigris surut disebabkan kemarau.


Photo Credit: University of Tubingen, eScience Center, and Kurdistan Archaelogy Organization

Penemuan itu memperlihatkan sebuah istana dari zaman gangsa yang berusia sekitar 3,400 tahun di wilayah Kurdistan, negara Irak selepas air yang surut kesan daripada kemarau.

Istana yang digelar sebagai Kemune, berkait dengan  Empayar Mittani, yang menguasai kawasan luas di utara Mesopotamia dan Syria dari sekitar abad ke 15 hingga 14.

Sebuah kumpulan ahli arkeologi yang terdiri daripada Jerman dan Kurdish membuat penemuan tersebut di timur lembah sungai Tigris. Kumpulan arkeologi tersebut berharap mereka akan dapat mengumpul info baru tentang politik, ekonomi dan sejarah empayar tesebut, -yang merupakan salah satu kerajaan yang kurang dikaji penyelidik- dengan mengkaji tulisan cuneiform yang ditemukan sekitar kawasan istana tersebut.

Istana tersebut asalnya berdiri sekitar 65 kaki dari paras air sungai, di atas tebing yang dibuat secara teres.

Photo Credit: University of Tubingen, eScience Center, and Kurdistan Archaelogy Organization

Mengikut Dr. Ivana Puljiz daripada Tubingen Institute for Ancient Near Eastern Studies (IANES), beberapa bilik dalam istana tersebut mempunyai dinding yang diplastered dan lukisan yang terpelihara dengan baik.

"Kami juga telah menemukan runtuhan dinding lukisan dalam warna merah dan biru" seperti diberitahu Dr. Puljiz.  Pasukan arkeologi tersebut juga menemukan beberapa bilik dalam istana tersebut dan telah mencari gali lapan daripada nya. Di kawasan yang lain, mereka juga menemukan sepuluh tablet Mittani daripada tanah liat yang bertulisan cuneiform, yang sekarang sedang dikaji dan diterjemah bahasanya.

Salah satu tablet tersebut menyatakan bahawa Kemune mungkin merupakan bandar purba Zakhiku, yang merupakan salah satu dari zaman gangsa (ca. 1800 BC). Ini mungkin membuktikan bahawa bandar tersebut telah muncul sekitar 400 tahun.

Kerajaan purba Mittani meliputi kawasan dari eastern Mediterranean coast to the east of present-day northern Iraq daripada abad ke 15 sehingga pertengahan abad ke 14 BCE. Mittani hilan pengaruh politik sekitar 1350 BCE, apabila wilayahnya dikuasai empayar berdekatan iaitu Hittites dan Assyrians. Pengaruh budaya Mittani dikenali disebabkan seramik yang berwarna (painted ceramics).

Comments