Bagaimana CaraTukar/Baharu Kad Bank Yang Dah Nak Dekat Tamat Tempoh/Expired?. (contoh:bank islam)
Hai, Harini nak kongsi cara yang betul nak baharui kad bank yang dah nak tamat tempoh.
Ni contoh atm. Pergi atm dekat bank, bukan atm dekat 7/11. Tak boleh 7eleven tu.
Selalunya, kalau mak tahu bila kad bank kita nak tamat tempoh, ada atas kad tu sendiri. Depan kad tu, ada tarikh tahun dengan bulan tamat. Contoh, dalam gambar kad bawah tu. Valid thru 07/26. Maksudnya, kad bank tu tamat tempoh tahun 2026, bulan 7. Haaa gitu.
Bawah tangan tu, nampak kan nombor 07/26
Once dah nak expired kad tu, pergi bank, bawa kad dengan ic pengenalan diri. Beratur dekat kaunter, bagitau staff bank nak baharui kad bank tamat tempoh. Selalunya, ambil masa dalam 10 minit. Sekejap sahaja, kalau lama tanya staff kenapa lama.
Dia akan.minta ic, cap jari dekat thumbprint dia tu, sign kad lepastu dah siap. Alang alang pergi bank tu, minta sekali muka depan penyata bank. Senang kalau nak guna untuk surat formal atau benda yang perlu surat. Contoh macam bila dapat kerja baru. Sebab ada no bank situ, dengan nama kita.
Sama juga kalau nak tukar nombor telefon kalau ada online banking. Kena pergi atm bank tu sendiri. ( Tak boleh tukar online). Kemaskini dekat atm tu nama,nombor telefon. Baru dapat TAC code sampai nombot telefon baru tu. Kalau tak faham, minta staff bank tu ajar satu persatu. Tu kerja dia, dia pandai dia boleh ajar. Tak perlu takut, tak perlu malu. Kita tak tahu, minta dia ajar je.
Lagi satu, kalau kad bank ada limit, dan tak boleh tukar online banking, telefon nombor customer service kat belakang kad bank tu. Tak lama dalam 15 minit dah siap. Bagitau nak tukar limit online transfer, terminal atau atm. Limit kad ada 3 jenis. (dekat atm, online transfer dan limit pembelian harian dekat terminal)
Itu sahaja. Terima kasih membaca. Kepada yang terjumpa blog ni, tahniah. Its like a secret between us. heheheh
Comments
Post a Comment