Mahalnya Harga Pohon Bonsai | 100 Juta Yen Jepun| Kenapa Mahal Sangat Bonsai Ni?

Kenapa Harga Satu Pokok Bonsai Mahal Sangat? | Satu Pohon Bonsai Boleh Mencecah 100 Million yen Jepun / 924,000 Dolar Amerika.

 
Photo by Kari Shea on Unsplash
Selalu kita dengar yang pohon bonsai, iaitu sejenis pokok perhiasan yang kecil dari segi saiznya. Tapi, kecil-kecil cili api, besar-besar cili padi.

Harga satu pokok boleh mencecah sehingga beribu dolar Amerika.
Pada tahun 2012, ketika konvensi antarabangsa bonsai, satu pohon telah mencatat sehingga 100 million yen Jepun atau juga 924,000 dolar Amerika. Woahhh! Banyak tuuu…
 Pokok bonsai ini dianggap istimewa, luar biasa keana ia dilihat sebagai satu bentuk keindahan autentik dan kehebatan alam, bila ianya boleh diletakkan dalam satu bekas yang kecil.

Walaupun begitu, untuk menjaga satu pohon bonsai sahaja, memerlukan dedikasi, perhatian penuh, pengetahuan yang cukup dan kemahiran autistik yang tinggi untuk menghasilkan satu karya hebat : pohon bonsai.

Macam mana nak tanam bonsai?

Pokok bonsai boleh dibiakkan daripada satu biji anak benih. Tapi, bonsai juga boleh diambil daripada tempat semulajadi, dimana dia hidup. Bonsai yang diambil dari alam secara semulajadi, berharga lebih mahal kerana ianya sangat ‘rare’ dan susah didapati.


"Yamadori" adalah salah satu teknik yang digunakan untuk mengumpulkan pohon bonsai yang ditumbuh pada alam semulajadi-nya. Teknik ini dianggap ramai sebagai seni asli dalam seni bonsai.

Pohon bonsai jenis ini, adalah satu dalam sejuta. Disebabkan keunikan itulah, harganya sangat mahal dibandingkan dengan pohon bonsai yang ditanam sendiri.

Malah, ada yang tumbuh di kawasan yang dianggap susah dicapai, contohnya, cenuram. Jadi untuk mengambil nya sangat berbahaya, memakan masa yang lama dan mengerah tenaga dan usaha.


Photo by Guillermo Riquelme on Unsplash

Walaupun bonsai berjaya dikumpul, bonsai jenis ini mempunyai peluang yang rendah untuk survival atau hidup lama. Maksudnya, mereka memerlukan penjagaan yang baik, tumpuan, dedikasi dan ilmu yang cukup untuk memastikan jangka hayat mereka panjang - sebab itulah harga mereka sangat mahal. (boleh beli satu banglo woahhh)


Photo by Banter Snaps on Unsplash


Namun, dengan harga mahal pun, masih ada yang mahu membeli nya. Pohon bonsai ini dieksport ke negara luar seperti China, Indonesia dan juga Thailand (dengan kos penghantaran lagi, harga nya akan semakin naik).

Akhir kalam, persoalan sebenar bukan tentang betapa mahalnya harga sebuah bonsai, tetapi macam mana kita nak menghargai usaha, kasih sayang, dan ilmu yang dicurahkan bertahun lamanya, sebelum satu pohon bonsai boleh dianggap sebagai satu karya seni yang hebat.

Comments

Popular Posts