8 Perkara Yang Sebenarnya Hanyalah Membuang Masa Anda | Elakkan Dari Melakukan 8 Perkara Ini |
Don't do this 8 things!
Banyak benda yang anda sedang lakukan sekarang ini, sebenarnya hanyalah membuang masa anda sahaja tanpa memberikan kesan baik untuk diri sendiri. Di bawah adalah senarai perkara yang tidak berfaedah dan membazirkan masa sahaja.
Photo by Stephanie Harvey on Unsplash |
8 Perkara yang anda perlu elakkan dari melakukan nya. Semoga berfaedah untuk bacaan anda.
1. Menonton Tv
Menonton Tv Di Sini Dengan Niat Hanya Untuk Mengisi Masa Walaupun Hanya Melihat Drama Yang Entah Apa-Apa. Jika Anda Ingin Menonton Tv, Lebih Baik Jika Anda Menonot Siara Yang Berfaedah Contohnya Dokumentari Atau Berita Semasa.
2. Sedang Dalam Hubungan Dengan Seseorang Hanya Kerana Anda Merasa Kesepian Atau Bosan.
Jangan pernah melakukan hal ini kerana ianya akan melukakan hati eseorang yang benar-benar berharap pada anda. Tolak lah mereka dengan lembut, dan berikan alasan yang munasabah untuk kenapa anda tidak boleh menerima mereka.
3. Cuba Menyelesaikan Masalah Semua Orang.
Tak ada sesiapa yang boleh menyelesaikan masalah orang lain. Anda tiada hak untuk menyelesaikan masalah mereka. Mereka mesti belajar menyelesaikan masalah yang ditimbulkan sendiri, tetapi kalau mereka meminta nasihat atau ‘guidance’ and, berikan nasihat anda seadanya. Jangan lah pula berlebih-lebih.
4. Cuba Untuk Menang Dalam Setiap Perbualan And Dengan Orang Lain.
Janganlah menjadi orang yang tidak boleh menerima nasihat atau pandangan orang lain. Setiap orang mempunyai pandangan, fikiran yang berbeza dari orang lain. Itulah yang membuatkan seseorang unik dari yang lain. Tidak semestinya anda perlu setuju dengan setiap apa yang orang lain katakan, tetapi and juga tidak lah perlu menepis atay tidak bersetuju dengan apa yang orang lain katakan. Lebih baik berdiam diri jika kita tiada apa yang baik yang boleh dikataka. Membalas setiap apa yang orang lain katakan tidak akan menjadikan kita nampak lebih pandai atau baik, tetapi tidak membalas tidak juga menjadikan kita bodoh. Lebih baik jimatkan masa kita dari melayan orang yang entah apa-apa.
5. Melakukan Sesuatu Yang Bukan Bermanfaat Kepada Diri Sendiri.
Tidur berlebihan, bermain video game tanpa henti, makan makanan ringan atau fast food setiap hari. Semua ini tidak lah berfaedah melainkan memberikan pulak kesan negatif yang lebih banyak daripada kesan positif. Think before you act.
6. Selalu Mengeluh Atau Komplain Tentang Sesuatu Yang Anda Sebenarnya Boleh Ubah.
Tak ada gunanya mengeluh tentang sesuatu yang lepas, kalaulah sebelum itu and boleh mengubah nya. Contoh nya, membiarkan air bertakung dalam rumah, yang boleh menyebabkan nyamuk aedes membiak. Kesannya, and terlantar di hospital kerana demam denggi. Maka, tak ada guna dah menyesal.
7. Mencipta Masalah Palsu Supaya Anda Tidal Perlu Menyelesaikan Masalah Sebenar Anda.
Lari daripada masalah yang ada dengan cuba memberikan perhatian kepada benda lain. Ini membuang masa. Lebih baik anda tumpukan pada masalah yang ande sedang tempuhi sekaang dan cuba selesaikan nya.
8. Cuba Membuatkan Seseorang Jatuh Cinta Dengan Anda, Walaupun Mereka Tidak Berminat Dengan Anda Pun.
Perasaan tidak boleh dipaksa. Jangan cuba memaksa orang lain suka kan diri and, kerana ianya hanyalah membuang masa dan tenaga anda. Dan anda juga tidak perlu memaksa diri and untuk sukakan orang lain. Ini juga akan membuang masa dan tenaga and. Be yourself and let people be theirself.
READ MORE tentang posting yang lain.
Comments
Post a Comment