7 Morning Routine Tips for Weallness | 7 Rutin / Amalan Yang Perlu Dilakukan Di Awal Pagi| ~Tips Pagi Hari~
7 Kebiasaan yang Anda Perlu Lakukan Setiap Pagi Yang Pasti Akan Mengubah Hidup Anda!! |Tips Setiap Pagi|
Setiap pagi, 10 minit yang pertama setelah anda bangun, sebenarnya adalah waktu yang kritikal bagi anda, untuk memastikan hari anda bermula dengan rutin terbaik. Dengan itu, minda dan badan anda akan lebih cerdas dan cergas untuk memulakan tugasan selepas itu.
1. Jangan SNOOZE alarm anda.
Pilih waktu yang anda bangun, dan katakan pada diri anda yang butang snooze bukan satu pilihan untuk anda.
2. Regangan
Lakukan regangan di awal pagi. Antara kebaikan melakukan regangan di awal pagi termasuklah memberikan fleksibiliti kepada otot dan sendi, sebagai cara menghilangkan/kurangkan stress, dan menambah baikkan peredaran darah.
3. Minum Air
Badan kita mengandungi lebih kurang 60% air, dan selepas tidur lebih kurang 7 ke 8 jam tanpa minum air, sudah tentulah kita perlu mengantikan air yang hilang selepas bangun. Malah, minum air di awal pagi meningkatkan metabolism nadan selain mengeluakan toksik dari badan.
4. Sarapan
Sarapan pagi adalah permulaan kepada metabolism yang bagus, ia membantu membakar kalori.
5. Muzik
Anda mungkin memulakan pagi anda dengan mendengar lagu yang menenangkan dan me-relak kan anda, atau lagu yand ada upbeat gitu. Atau nasyid,Aliff Satar ha!. Apa pun yang anda pilih, pastikan ia membantu anda feel good gitu as well as go with your mood.
6. Katakan tidak pada phone.
Kurangkan pengunaan telefon di awal pagi. Untuk 10 minit yang pertama selepas and bangun, jadikan ianya waktu untuk anda sahaja.
7. Read / Baca
Bila anda mulakan dan biasakan diri dengan membaca sesutu yang positif, hari anda untuk hari tersebut akan dipengaruhi dengan benda positif jugak. Tutup phone dan Tutup muzik, gunakan 10 minit itu, untuk anda menikmati sebuah buku.
Amalan yang bagus adalah bila anda berterusan melakukan nya. Semoga tips ini membantu anda yang mahukan perubahan positif untuk hari hari anda. Selamat Beramal....
Comments
Post a Comment