Cara seseorang lelaki jatuh cinta - Apa yang perlu kita tahu tentang macam mana lelaki jatuh cinta.
Cara seseorang lelaki jatuh cinta - Apa yang perlu kita tahu tentang macam mana lelaki jatuh cinta.
Photo by Josh Felise on Unsplash |
Dalam permulaan sebuah kisah cinta, akan ada banyak perasaan dan emosi yang bermain-main dalam fikiran kita. Mungkin ada rasa teruja, berdebar, gembira mungkin juga rasa takut akan apa yang mungkin berlaku di masa depan.
Lain orang, lain caranya jatuh cinta. Tak kiralah siapa anda, lelaki dan perempuan mempunyai pemikiran yang berbeza tentang cinta dan sebuah perhubungan. Cinta itu bukan beredar di antara nafsu atau inginkan sebuah perhatian; CINTA itu adalah lebih dari itu.
Pakar memberikan tujuh pandangan untuk mengetahui dengan lebih baik macam mana hati seseorang lelaki bekerja:
1. Deria penglihatan / Visual
Kajian telah membuktikan bahawa lelaki lebih banyak mengunakan deria penglihatan, manakala wanita lebih banyak menggunakan pendengaran. Sebab itulah lelaki lebih banyak jatuh cinta dengan apa yang mereka lihat dan wanita jatuh cinta dengan apa yang mereka dengar. Tapi, jangan kerana sebab ini, wanita diluar sana bersungguh mencari cinta dengan nak jadi cantik. Deria penglihatan mungkin menjadi satu sebab lelaki jatuh cinta, tetapi cinta yang sejati akan dibina seiring beredarnya masa dan anda mula mengenali dengan lebih lanjut diri mereka.
2. Lelaki jatuh cinta dengan orang yang menghargai mereka.
Banyak cara yang lelaki akan guna bila mereka mencuba untuk mendekati wanita impian, tetapi kalau wanita tidak menhargai apa yang mereka cuba lakukan, with time mereka akan bosan.
3. Lelaki jatuh cinta lebih cepat daripada wanita.
Mungkin susah nak percaya, tetapi mengikut kajian The Journal of Social Psychology, lelaki jatuh cinta cepat dan meluahkan nya dengan leju jugak. Sebabnya, mengikut kajian tersebuy, lelaki tidak mempersoalkan emosi mereka seperti wanita. Jadi, kelau lelaki itu jatuh cinta, dia tak akan menidakkannya.
4. Lelaki jatuh cinta dengan seseorang yang mereka tahu, gembira dengan adanya mereka.
Bila seseorang lelaki tahu yang dia boleh membahagiakan wanita tersebut, dia akan lebih mudah jatuh cinta dengan wanita tersebut. Bukan tentang cinta monyet atau cinta yang sekadar belikan bunga atau buat sesuatu untuk wanita tersebut, tetapi tentang sebuah ikatan yang mebuatkan mereka menikmati masa bersama dan mereka tahu yang mereka berdua boleh mebuatkan pasangan gembira.
5. Lelaki akan cuba menjadi yang terbaik.
Bila lelaki jatuh cinta, anda akan lihat dia mencuba menjadi versi dirinya yang lebih baik, dia akan berusaha melakukan sesuatu dan mungkin akan merubah sikap buruk mereka. Ini adalah salah satu usaha lelaki untuk menjadi yang terbaik bagi pasangan mereka.
6. Lelaki akan lebih bertindak impusif dalam percintaan.
Bila lelaki jatuh cinta, dia akan berusaha untuk mengekalkan perhubungan tersebut dengan ikatan yang sah iaitu perkahwinan. Kerana cinta sejati kekal selamanya. Oleh sebab itu, bila lelaki tahu yang wanita tersebut adalah cinta sejati dan bakal suri hatinya, mereka akan cuba mengikat cinta itu dengan perhubungan yang sah.
7. Pakej lengkap
Seperti orang biasa, untuk lelaki jatuh cinta, mereka juga memerlukan pakej lengkap. Ini termsauklah tarikan dengan fizika wanita, emosi seperti baik, setia, kelakar dan jugak perasaan yang tidak boleh diceritakan rasanya, yang hanya mereka mengetahuinya.
Cinta sangatlah misteri, Lelaki dan wanita mempunyai cara berbeza dalam kehidupan, perhubungan dan cinta. Kepercayaan, friendship dan cinta adalah perkara yang tak boleh dipaksa. Ianya memerluka masa, dan kalau masa itu diberi secukupnya, a lot of things can happen.
<a href="https://www.freepik.com/free-photos-vectors/business">Business photo created by freepik - www.freepik.com</a>
Comments
Post a Comment