Cara yang Terbaik untuk Kerja Sambilan Semasa di University (Tanpa Pecah Kepala atau Stress)
Cara Terbaik Bekerja Sambilan Di University
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Posting kali ini berkait dengan kerja sambilan sambil belajar. Ha!, saya ada pengalam kerja weekday ye, bukan weekends. Lagi lagi tempat kerja saya actually buka dari pukul 8.30 pagi hingga 6 petang, dari isnin hingga jumaat. Memang packed la hari minggu tu.
Oleh itu, saya nak konsi macam mana saya survive kerja sambal belajar. Saya dapat pinjaman MARA sepenuhnya, tapi saya tetap nak kerja untuk cari pengalaman dan sebagai duit poket lebih. Jadi taklah menyusahkan ibubapa.
Tanpa berlengah, mari kita mulakan>>>
1. Pastikan anda mampu handle kerja tu.
Kalau anda memang struggle dalam akademik dan pembelajaran atau anda susah nak manage masa anda, mungkin anda tak sesuai untuk kerja sambilan. Anda boleh kerja tapi waktu cuti, atau semasa sem breaks. Kerana, kerja memerlukan komitmen yang tinggi dan besar, samalah seperti belajar. Oleh itu anda perlu belajar mengurus masa anda sebelum anda membuat keputusan bekerja sambilan.
2.On campus job/ Kerja di Kampus.
Saya sejujurnya, tak pernah kerja di kampus, tapi kawan saya ada yang pernah. Dia kerja sebagai pustakawan/librarians. Dan payment bole tahan, rm 5 setiap jam. Kaya tuhh..haha. Kerja di kampus bagus, sebab anda akan dapat pengalaman,lokasi yang bagus. Anda juga boleh tanya bahagian admission atau akademik untuk kerja sambilan jika diperlukan.
3.Kerja dalam bidang anda.
Memang terbaiklah jika anda kerja dalam bidang yang anda belajar, sebab secara tak lansung, anda ada pengalaman secara lansung. Contoh jika anda belajar business, anda boleh mula belajar berjual /marketing. Anda belajar Bahasa asing?. Anda sesuai jadi translator atau tutor. Memang berbaloi.
4.Kerja mengikut Musim
Selalunya, kerja ini memerlukan anda mengorbankan waktu cuti Panjang anda. Anda mungkin tak mampu nak enjoy macam rakan yang lain, tapi anda confirm puas hati dengan duit yang masuk dalam bank anda.
5.Tahu Limit/Had anda
Nak seimbangkan kerja dengan belajar memang letih dan memenatkan. Apatah lagi jika anda adalah full time students. Kalau anda dah rasa Lelah, dan tak mampu nak push, maka tibalah waktu nya untuk anda slow talk dengan bos anda. Bagitau majikan anda yang anda mungkin perlu kurangkan jam bekerja untuk focus peperiksaan akhir. Jangan risau untuk ubah fikiran jika anda tak mampu.
Kerja sambal belajar memang penat tapi kewangan anda stabil. Macam mana anda seimbangkan kerja dan belajar? Sila komen, likes dan follow untuk post yang lebih menarik.
Sekian dari saya. Terima kasih...
Comments
Post a Comment