20+ Senarai Keperluan Untuk Memulakan Hidup Sebagai Pelajar di University/Kolej.

Apa yang anda sepatutnya bawa dan packing sebelum hidup di dorm/hostel?
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Hari ini saya kongsikan untuk para pelajar baru yang bakal melangkah kaki ke Menara gading. Semoga ianya membantu.
Memulakan kehidupan di university atau kolej memang teruja. Tapi anda mungkin stress dan tak tahu apa yang patut anda bawa ke sana.

Lihat senarai di bawah, yang mungkin akan membantu anda untuk packing barang yang perlu dibawa ke university.

  • 1.Keperluan bilik. Termasuklah cadar katil, selimut, bantal gebu gebas, jangan lupa sarung bantal, kotak storage barang.
  • 2.Keperluan meja belajar. Termasuklah lampu meja, post-its, selotip, bakul sampah kecil, pens atau pensil, calendar, papan putih kecil, gunting, stapler, 2 hole-puncher.
  • 3.Keperluan sekolah. Beg sandang, kalkulator, highliters, pens atau pensil, buku nota, buku teks, file.
  • 4.Keperluan elektronik. Termasuklah jam loceng, wayar extensions, telefon, charger telefon, headphones/earphones, laptop, charger laptop, printer, USB drive/pendrive.
  • 5.Toiletries. Termasuklah pin rambut, floss gigi, eyes drops, cermin mata, sikat rambut, spray rambut, losyen, barang makeup, pengetip kuku, perfume, Q-tips, Razor, shampoo/conditioner, sabun mandi, tisu, berus gigi, ubat gigi, tweesers, shaving cream.
  • 6.Keperluan bilik mandi. Termasuklah tuala mandi, selipar jamban, tuala kecil, pengering rambut, shower cap.
  • 7. Keperluan ubat ubatan. Termasuklah ubat jerawat, ubat allergi, krim antibiotic, band-aids, ubat batuk, ubat anda yang doctor bagi.
  • 8.Pakaian. Termasuklah tali pinggang, pakaian kasual, dress, selipar, kasut, topi, heels, hoodies, jaket, jeans, perhiasan/jewelry, seluar, sweaters, undergarments, t-shirt, baju sukan, baju lengan Panjang, baju formal(baju kurung), tudung.
  • 9.Laundry. Termasuklah fabric softener, penyangkut baju, iron baju, sabun basuh baju, ironing board, bakul baju.
  • 10.Makanan. Termasuklah air mineral, roti, ramen noodels, snek/biskut.
Jika posting ini membantu anda, sila likes, komen dan follow blog ini untuk perkongsian yang lebih menarik di masa akan datang. Selamat Berjaya kepada anda semua...

Comments