Jadual belajar sebulan sebelum 'exam finals'.

CARA BUAT JADUAL BERKESAN UNTUK PEPERIKSAAN ATAU FINALS!!!




Assalamualaikum…
Harini, saya nak kongsi cara buat jadual study sebulan sebelum peperiksaan. Semoga boleh membantu pelajar-pelajar yang tengah gigih berusaha untuk study.
Study hard, but also study smart.
  • "ALL THINGS ARE DIFFICULT BEFORE THEY ARE EASY"
  • 4 minggu sebelum peperiksaan : -hubungi atau mesej ibubapa atau keluarga dan bagitahu mereka yang anda akan mula sibuk.( ni kalua duduk jauh dari family). Tengok apa yang anda kena study, maksudnya subjek apa and buat to-do-lists. Utamakan waktu belajar anda mengikut Tarikh peperiksaan and peringkat susah setiap subjek yang diambil. Maksudnya, tumpukan lebih masa untuk study pada subjek yang sukar dan lebih dekat dengan finals. Mulakan guna 1 jam setiap hari minggu dan 2-3 jam setiap hari bekerja(maksudnya hari isnin hingga ahad) setiap minggu untuk laksanakan to-do-lists yang anda dah buat.
  • "DON'T COMPLAIN JUST WORK HARDER"
  • 3 minggu sebelum peperiksaan :- Tingkatkan waktu belajar setiap hari bekerja kepada 2 jam. Dan tingkatkan waktu belajar cuti minggu kepada 3-4 jam. Buat flashcards( kertas kecik-kecik yang macam sticky notes) and start hafal apa-apa yang anda rasa penting atau susah nak ingat. Tulis dekat flashcards tu dan simpan dalam kocek baju or seluar yang senang nak ambil tengok bila bosan atau sambil-sambil makan. 
  • "WITHOUT SELF-DISCIPLINE, SUCCESS IS IMPOSSIBLE, PERIOD."
  • 2 minggu sebelum peperiksaan :- Tingkatkan waktu study hari bekerja kepada 3 jam. Tingkatkan waktu belajar hari minggu kepada 4-5 jam. Mulakan buat latihan-latihan past years atau latihan penting yang lecturer bagi atau suruh. Buat practice problems.
  • "COWARDS NEVER START, THE WEAK NEVER FINISH, WINNER NEVER QUIT".
  • 1 minggu sebelum peperiksaan :- tingkatkan waktu belajar setiap hari kepada 4-6 jam. Mulakan buat soalan latihan sepenuhnya. Means, ambik contoh kertas soalan penuh dan start set masa buat.
  • "SET GOALS. STAY QUIET ABOUT THEM. SMASH THE SHIT OUT OF THEM. CLAP FOR YOUR DAMN SLEF. REPEAT. COMPETE EVERY DAY."
Saya doakan selamat maju jaya kepada para pelajar yang gigih berjuang untuk peperiksaan anda. Semoga Berjaya dengan cemerlan dan mendapat apa yang diiidamkan.
Semoga tips ni boleh membantu anda.
P/S: TIPS diambil dari pinterest.

#study #jadual #finals #students

Comments

Popular Posts