Ayat -Ayat Cinta a novel by HES. (kenapa ia mengetuk pintu hati)

Assalamualaikum.

Sejak terserempak dengan trailer Ayat2 Cinta 2 dekat youtube, buat aku teringat tentang ayat ayat cinta 1. and i cant wait to watch AAC2.

Coretan hari ni hanya sekadar berkongsi rasa hati tentang indah nya tulisan dan jalan cerita AAC. ia bukan sahaja memberi ilmu tapi memberi rasa bahawa sayangnya Tuhan itu kepada makhluknya sangat luas. Kasih sayang Allah itu seluas langit dan bumi malah lebih lagi.

Antara scenes yang aku paling suka bila Fahri (watak utama) masuk penjara.

Disini, Fahri berjumpa dengan seorang tua ,juga dipenjarakan dalam sel yang sama.
Disini lah Fahri diuji dan dia hampir kalah. Fahri mempersoalkan tentang takdir tuhan.kenapa mesti dia, kenapa sebesar ini ujiannya. sampaikan bila masuk waktu solat, dia tak mampu untuk mengangkat takbir, mata yang mengalir airmata, jiwa yang hampir berputus asa.berkali-kali takbir tidak mampu disempurnakan.

sampai satu ketika, surat sampai. surat yang menyatakan bahawa dia dibuang dari Al Azhar. di sinilah airmata tumpah laju, harapan putus sama sekali. ketika ini, si tua marah, mencelah.

dengan marah si tua memegang kolar baju Fahri . 'bangun Fahri, bangun'.
Allah sedang berbicara dengan mu Fahri.Allah sedang mengingatkan mu untuk tidak sombong.
Fahri berang dan menangis menanyakan apa salah dan d0sa yang dia buat pada tuhan.

si tua melihat dan ketawa besar. "istighfar indonesia, istighfar.ingat lagi siapa dirimu? (sambil memegang kuat kolar baju kemeja lusuh fahri), dan ketawa.
bercakap lagi dan menanyakan apa yang telah fahri lakukan selama ini. (ketawa kuat lagi).

kemudian dengan muka yang memandang marah, si tua berkata,"tidakkah kau sombong fahri, huh?. kau merasa paling benar, kau merasa paling suci bahkan di hadapan isterimu sendiri. (ketawa kuat lagi)
si tua kemudian bertanya, "ingatkah kisah Yusuf a.s dan Zulaikha? Zulaikha menuduh Yusuf memperkosa nya padahal dia sendiri yang tidak tahan dengan ketampanan Yusuf.

Fitnah!  itu semua fitnah fahri. Zulaikha memfitnah Yusuf memperkosa dia sampai Yusuf dipenjara. apakah Yusuf memberontak? tidak fahri. Yusuf tahu Allah sedang berbicara kepadanya.kau mahu tau apa yang dikatakan Yusuf?
fahri tidak respon. dengan marah si tua bertanya lagi , "kau mau tau apa yang dikatakan Yusuf?!

 kata Yusuf, Ya Allah jika memang kehidupan penjara lebih bererti bagi ku dari dunia luar, maka aku lebih memilih tinggal di penjara tapi dekat dengan mu daripada aku hidup bersama manusia pendusta!.

dengan lembut si tua berkata,"Allah sedang berbicara dengan mu tentang SABAR dan IKHLAS. sabar dan ikhlas itu Islam Fahri."

selesai saja si tua bercakap, Fahri broke down into tears. Tidak terpujuk kah hatinya dengan ucapan itu, bahawa tuhan bersamanya dan tidak meninggalkan nya. Tuhan sedang mengajarnya tentang sabar dan ikhlas. 2 perkara yang sangat susah untuk dibuat, tapi itulah yang tuhan suka.

tuhan sedang mengajarnya tentang sejarah Yusuf dan Zulaikha, tentang dugaan Yusuf . Bukankah orang orang yang benar paling banyak dipenjara ketika islam sedang diperjuangkan?.

scene ni bagi aku paling sedih. terasa kasih sayang tuhan itu lusa, ditunjukkan dengan cara yang tidak disangka sangka. dan pertolongan tuhan itu sentiasa ada.

scene yang lain banyak lagi yang meberikan rasa cinta.

kata terakhir dari saya, tengoklah dengan mata hati tentang cinta dan kasih sayang tuhan.
semoga kita semua berjaya dunia dan akhirat, dilimpahi nikmat dan berkat Allah.

Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum.




Comments

Popular Posts