Cara guna Touch 'N Go Self- Service Kiosk (SSK)/ Mesin Touch 'N Go. How to use Touch 'N Go Self-Service Kiosk (SSK) . easy and quick steps.

MESIN TOPUP TOUCH N GO
No automatic alt text available.

Assalamualaikum , salam sejahtera.

Hari ni saya nak kongsi macam mana nak guna mesin yang nak topup kad 'touch n go' ni.
Sebab tadi tengah- tengah nak balik dalam pukul 3 petang, tak cukup pulak duit dalam kad watson yang members kad tu . Jadi tak lepas la nak keluar. Jadi nak topup, taknak guna tiket manual tu.
Nak jadikan cerita, susah pulak dah nak guna sebab first time, and sebab malu yang tak bertempat; tak nak tanya orang dia yang kat dalam kaunter tu, tunggu la others people pakai dulu.
steps dah betul, cuma tempat nak letak kad tak payah cucuk kuat-kuat macam bila nak keluarkan duit, cuma perlu letak je sikit dalam tu.

Langkah-langkah nak guna:

1) pilih bahasa (kat sini ada bahasa melayu dan english)
2) baca apa yang keluar lepas tu. and then tekan 'teruskan/proceed'. lepas tu, ada keluar kotak yang samada untuk reload, bil atau apa entah , x ingat, so tekan mana satu urusan anda.
3)masukkan kad kat tepi belah kanan. (apa-apa kad asalkan ada tanda touch n go. ic pon bole tau). letak je dalam lubang tu. kat bawah yang kelip-kelip hijau. kad akan terkeluar sikit, sebab dia tak telan kad macam yang nak keluarkan duit kat atm tu.
4)lepas tu masukkan duit yang nak topup kat bawah/tengah-tengah mesin. (kalau nak topup 10 je ,masukkan duit 10, jangan masukkan duit 20 sebab dia tak akan bagi baki tau. banyak mana yang duit masukkan dalam mesin tu, banyak tu la dia akan topup.
5)TUNGGU. Jangan tarik keluar kad sebelum mesin tu keluarkan RESIT. Kalau tak, proses akan tergendala, mesin akan makan duit tu. Nak minta pemulangan balik leceh.
6)Bila resit dah keluar, dah boleh tarikkad tu
7)SETTLE, Boleh pergi jalan-jalan.... YEHET!!!

*APA-APA PUN, KENA BACA ARAHAN YANG MESIN TU TULIS. SABAR ,BUAT SLOW-SLOW, satu persatu/ one-by-one.
*Saya tak boleh jamin yang steps ni betul, sebab ingat-ingat lupa, so, harap boleh faham dan ambik mana yang boleh pakai. Maaf kalau steps ada yang salah atau salah susun.
*Kalau tak faham dan takut nak buat, boleh tanya pegawai yang bertugas kat situ. MALU BERTANYA SESAT JALAN!!!

-- sedikit gambar untuk info anda. none of this picture is mine except the recipe, semuanya dari google. for educational purpose only.






Setakat ni sahaja untuk cara- cara nak guna mesin touch n go untuk reload/topup kad.
Semoga info ni bermanfaat. Terima kasih, jumpa lagi...
Assalamualaikum.

p/s kalau nak tau kat mana location yang ada mesin ni bole klik here

Comments

Popular Posts